Kaum
Madyam, kaumnya Nabi Syu'ib, adalah segolongan bangsa Arab yang tinggal di
sebuah daerah bernama "Ma'an" di pinggir negeri Syam. Mereka terdiri
dari orang-orang kafir tidak mengenal Tuhan Yang Maha Esa. Mereka menyembah
kepada "Aikah" iaitu sebidang padang pasir yang ditumbuhi beberapa
pohon dan tanam-tanaman. Cara hidup dan istiadat mereka sudah sangat jauh dari
ajaran agama dan pengajaran nabi-nabi sebelum Nabi Syu’ib a.s.
Banyak
orang di zaman kita beranggapan bahawa agama hanya merupakan program-program
yang kosong dan nilai-nilai akhlak semata. Ini adalah keyakinan klasik dan
salah. Pada hakikatnya, agama adalah sistem dalam kehidupan dan pergaulan.
Intinya ialah hubungan dengan Allah s.w.t. Oleh kerana itu, usaha memisahkan
antara masalah-masalah tauhid dan perilaku manusia dalam kehidupan mereka
sehari-hari bererti memisahkan agama dari kehidupan dan mengubahnya menjadi
adat- istiadat, tradisi-tradisi, dan acara-acara ritual yang hampa. Kisah Nabi
Syu’ib menampakkan hal yang demikian secara jelas.
Allah
s.w.t mengutus Syu’ib pada penduduk Madyan:
"Dan kepada (penduduk) Madyan (kami utus)
saudara mereka, Syu 'ib. Ia berkata: 'Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali
tiada Tuhan bagimu selain Dia.'" (QS. Hud: 84)
Ini
adalah dakwah yang sama yang diserukan oleh setiap nabi. Dalam hal ini tidak
ada perbezaan antara satu nabi dan nabi yang lain. Ia merupakan dasar akidah
dan tanpa dasar ini mustahil suatu bangunan akan berdiri. Setelah peletakan
bangunan tersebut, Syu’ib mulai menyuarakan dakwahnya:
"Dan janganlah kamu kurangi takaran dan
timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu dalam keadaan yang baik (mampu) dan
sesungguhnya aku khawatir terhadapmu akan azab hari yang membinasakan
(kiamat)." (QS. Hud: 84)
Setelah
menjelaskan masalah tauhid secara langsung, Nabi Syu’ib berpindah pada masalah
muamalah sehari-hari yang berkenaan dengan kejujuran dan keadilan. Adalah hal
yang terkenal pada penduduk Madyan bahawa mereka mengurangi timbangan dan
mereka tidak memberikan hak-hak manusia. Ini adalah suatu kehinaan yang
menyentuh kesucian hati dan tangan sebagaimana menyentuh kesempurnaan harga
diri dan kemuliaan.
Para
penduduk Madyan beranggapan bahawa mengurangi timbangan adalah salah satu
bentuk kelihaian dan kepandaian dalam jual-beli serta bentuk kelicikan dalam
mengambil dan membeli. Kemudian nabi mereka datang dan mengingatkan bahawa hal
tersebut merupakan hal yang hina dan termasuk pencurian. Nabi Syu’ib
memberitahukan kepada mereka bahawa beliau khawatir jika mereka meneruskan
perbuatan keji itu nescaya akan turun kepada mereka azab di mana manusia tidak
akan dapat menghindar dari seksaan itu. Perhatikanlah bagaimana campur tangan
Islam melalui Nabi Syu’ib yang diutus kepada manusia di mana ia memperhatikan persoalan
jual-beli dan mengawasinya:
"Hai kaumku, cukupkanlah takaran dan timbangan
dengan adil, dan janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka dan
janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerosakan."
(QS. Hud: 85)
Nabi
Syu’ib meneruskan misi dakwahnya. Beliau mengulang-ulangi nasihatnya kepada
mereka dengan cara yang baik dan mengajak ke jalan yang baik, tidak ke jalan
yang buruk; beliau menghimbau kepada mereka untuk menegakkan timbangan dengan
keadilan dan kebenaran dan mengingatkan mereka agar jangan merampas hak-hak
orang lain. Merampas hak-hak orang lain itu tidak terbatas pada jual-beli saja,
namun juga berhubungan dengan perbuatan-perbuatan lainnya; beliau memerintahkan
mereka untuk menegakkan timbangan keadilan dan kejujuran. Demikianlah seruan
dari agama tauhid dan akidah tauhid di mana ia selalu menyuarakan kejujuran dan
keadilan.
Agama
selalu memerintahkan manusia untuk menjalin kerjasama sesama mereka dalam
kehidupan sehari-hari dengan cara-cara yang bijaksana dan baik, baik menyangkut
hubungan kerja, hubungan peribadi mahupun hubungan lainnya. Al-Quran al-Karim
mengatakan: "Dan janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka.
"Dan kata as-Syai' (sesuatu) dalam ayat tersebut diucapkan kepada hal-hal
yang bersifat materi dan yang bersifat non-materi (rohani) di mana masuk dalam
kategori itu perbuatan-perbuatan dan hubungan-hubungan yang menghasilkan.
Al-Quran melarang segala bentuk kezaliman, baik kezaliman berkenaan dengan
menimbang buah-buahan atau sayur- sayuran mahupun kezaliman dalam bentuk tidak
memberikan penghargaan terhadap usaha manusia dan pekerjaan mereka. Sebab,
kelaliman terhadap manusia akan menciptakan suasana ketidakharmonisan yang
berakibat pada timbulnya penderitaan, sikap putus asa, dan sikap tidak peduli,
sehingga pada akhirnya hubungan sesama manusia berjalan tidak harmonis dan
menimbulkan kegoncangan dalam kehidupan. Oleh kerana itu, Al-Quran mengingatkan
agar jangan sampai ada manusia yang berbuat kerosakan di muka bumi:
"Dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka
bumi dengan membuat kerosakan. Sisa (keuntungan) dari Allah adalah lebih baik
bagimu jika kamu orang-orang yang beriman. Dan aku bukanlah seorang penjaga
atas dirimu." (QS. Hud: 85-86)
Yang
di maksud al-'Atsu ialah sengaja membuat kerosakan dan bertujuan untuk membuat
kerosakan. Janganlah kalian membuat kerosakan di muka bumi; janganlah kalian
sengaja untuk menciptakan keonaran di muka bumi. Apa yang ada di sisi Allah
s.w.t adalah hal yang terbaik buat kalian jika kalian benar-benar beriman.
Kemudian Nabi Syu’ib memberitahu kepada mereka bahawa ia tidak memiliki sesuatu
kepada mereka; ia tidak dapat menguasai mereka tidak juga ia selalu mengawasi
mereka. Beliau hanya sekadar seorang rasul atau utusan untuk menyampaikan
ajaran Tuhannya:
"Dan aku bukanlah seorang penjaga atas dirimu.
" (QS. Hud: 86)
Dengan
cara yang demikian, Nabi Syu’ib menjelaskan kaumnya bahawa masalah yang mereka
hadapi saat ini sangat penting dan sangat serius, bahkan sangat berat. Beliau
memberitahu mereka akibat yang bakal mereka terima jika mereka membuat
kerosakan. Selesailah bahagian pertama dari dialog Nabi Syu’ib bersama kaumnya.
Nabi Syu’ib telah mengawali pembicaraan dan kaumnya mendengarkan. Kemudian
beliau berhenti dari pembicaraannya dan sekarang kaum membuka pembicaraan:
"Mereka berkata: 'Hai Syu’ib, apakah agamamu
yang menyuruh agar kami meninggalkan apa yang disembah oleh bapak-bapak kami
atau melarang dan berbuat apa yang kami kehendaki tentang harta kami.
Sesungguhnya kamu adalah orang yang sangat penyantun lagi berakal " (QS.
Hud: 87)
Para
penduduk Madyan yang kafir mereka biasa merampok dan menyembah al-Aikah, yaitu
pohon dari al-Aik yang dikelilingi oleh dahan- dahan yang berputar di
sekelilingnya. Mereka termasuk orang-orang yang menjalin hubungan sesama
manusia dengan cara-cara yang sangat keji. Mereka suka mengurangi timbangan;
mereka mengambil yang lebih darinya dan tidak menghiraukan kekurangannya.
Perhatikanlah semua itu dalam dialog mereka bersama Syu’ib. Mereka berkata,
"wahai Syu’ib apakah agamamu yang memerintahkanmu...?" Seakan-akan
agama ini mendorong Syu’ib dan membisikinya serta memerintahnya sehingga ia
mentaati tanpa pertimbangan dan pemikiran. Sungguh Syu’ib telah berubah dengan
agamanya itu menjadi alat yang bergerak dan alat yang tidak sedar. Demikianlah
celaan dan tuduhan keji yang dialamatkan oleh kaum Nabi Syu’ib kepadanya. Agama
Syu’ib telah membuatnya gila dan membuatnya nekad untuk memerintahkan mereka
meninggalkan apa yang selama ini mereka sembah dan disembah oleh kakek-kakek
mereka. Kakek-kakek mereka telah menyembah tumbuh-tumbuhan dan pohon- pohonan
sementara agama Syu’ib memerintahkan mereka untuk hanya menyembah Allah s.w.t.
Kenekatan model apa dari Syu’ib ini?
Dengan
ejekan dan penghinaan ini, Nabi Syu’ib menghadapi dialog yang terjadi dengan
mereka. Kemudian mereka kembali bertanya-tanya dengan penuh keheranan dan
dengan nada mengejek: "Apakah agamamu yang menyuruh agar kami meninggalkan
apa yang disembah oleh bapak- bapak kami." Tidakkah engkau sedar wahai
Syu’ib bahawa agamamu ingin mencampuri keinginan kita dan cara kita menggunakan
harta kita? Apakah hubungan keimanan dan salat dengan muamalah materi?
Dengan
pertanyaan ini, kaum Nabi Syu’ib mengira bahawa mereka mencapai suatu tingkat kecerdasan.
Mereka mengemukakan di hadapannya masalah keimanan, dan mereka mengingkari
adanya keterkaitan antara perilaku manusia dan muamalah mereka serta
perekonomian mereka. Ini adalah masalah yang klasik; ini adalah usaha untuk
memisahkan antara ekonomi dan Islam di mana setiap nabi justru di utus untuknya
meskipun nama-nama mereka berbeza-beza; ini adalah masalah kuno yang diungkap
oleh kaum Nabi Syu’ib di mana mereka mengingkari bahawa agama turut campur
dalam kehidupan sehari-hari mereka, perekonomian mereka dan cara mereka
menggunakan harta mereka. Mereka menganggap bahawa menginfakkan harta atau
menggunakannya atau menghambur-hamburkannya adalah suatu yang tidak berhubungan
dengan agama. Hal itu menyangkut kebebasan peribadi manusia. Bukankah itu hartanya
yang khusus lalu mengapa agama turut campur di dalamnya?
Demikianlah
pemahaman kaum Nabi Syu’ib kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Syu’ib. Kami kira
pemahaman demikian sedikit atau banyak tidak berbeza dengan pemahaman banyak
masyarakat di zaman kita sekarang mereka menganggap bahawasanya Islam tidak
memiliki kaitan dengan kehidupan peribadi manusia dan kehidupan perekonomian
mereka. Oleh kerana itu, manusia dapat menggunakan harta mereka sesuai dengan
kemahuan mereka: "Sesungguhnya kamu adalah orang yang sangat penyantun
lagi berakal."
Mereka
ingin mengatakan kepada Nabi Syu’ib, seandainya engkau seorang yang bijaksana
dan memiliki pemikiran yang matang nescaya engkau tidak akan mengatakan apa
yang telah engkau katakan. Mereka kembali mengejek Nabi Syu’ib dan merendahkan
dakwahnya. Seandainya Anda bertanya kepada kaum Nabi Syu’ib tentang pemahaman
agama mereka maka mereka pasti mengingkari bahawa agama adalah sebagai sistem
dalam kehidupan yang menjadikan hidup lebih mulia, lebih suci, lebih adil dan
lebih pantas manusia untuk menjabat sebagai khalifatullah di muka bumi;
seandainya Anda bertanya kepada mereka tentang agama nescaya mereka
memberitahumu bahawa ia hanya berupa kumpulan nilai-nilai rohani yang baik yang
tidak mewarnai kehidupan sehari-hari. Dengan pemahaman seperti ini, agama hanya
sekadar hiasan. Ini adalah pemahaman yang menggelikan kerana Allah s.w.t
mengutus para nabi dan ajaran-ajaran yang mereka bawa bukan untuk perhiasan dan
main- mainan.
Maha
Suci Allah s.w.t dari semua itu. Allah s.w.t mengutus para nabi-Nya dengan
membawa sistem baru dalam kehidupan, yaitu sistem yang mencakup nilai-nilai dan
pemikiran-pemikiran yang itu semua tidak akan bermakna jika tidak berubah
menjadi suatu sistem dalam kehidupan secara umum dan mengatur kehidupan secara
khusus. Dengan pemahaman seperti inilah agama menjadi mulai dan agama menjadi
benar adanya. Dan dengan asumsi seperti ini, kita memahami seberapa jauh campur
tangan agama dalam persoalan-persoalan kehidupan sehari- hari: dimulai dari
hubungan-hubungan cinta sampai undang-undang perkahwinan, bahkan cara mengambil
keputusan hidup sampai sistem dalam menginfakkan wang dan menggunakannya, juga
sistem dalam cara menggunakan dan mengagihkan kekayaan dan sebagainya. Jika
manusia memahami agama seperti ini maka jadilah agama sesuatu kebenaran. Dan
kalau tidak, agama laksana puing-puing saja.
Nabi
Syu’ib mengetahui bahawa kaumnya mengejeknya kerana mereka menganggap agama
tidak turut campur dalam kehidupan sehari-hari. Namun, beliau menghadapi semua
itu dengan penuh kelembutan dan kasih sayang kerana beliau yakin apa yang
beliau bawa adalah kebenaran. Beliau tidak peduli dengan ejekan mereka dan
tidak tersinggung dengannya dan tidak mempersoalkan hal itu; beliau memberi
pengertian kepada mereka bahawa beliau berada di atas kebenaran dari Tuhannya;
beliau adalah seorang nabi yang mengetahui kebenaran; beliau tidak melarang
mereka untuk meninggalkan sesuatu yang di balik larangan itu mendatangkan
keuntungan peribadi buatnya; beliau tidak ingin menasihati mereka dalam
kejujuran agar pasar menjadi sepi dan kerananya beliau mengambil manfaat;
beliau hanya sekadar seorang nabi di mana dakwah setiap nabi tergambar dalam
ungkapan yang singkat:
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan
selama aku masih berkesanggupan. " (QS. Hud: 88)
Yang
beliau inginkan hanya al-Islah (usaha membuat perbaikan). Demikianlah kandungan
dan inti dakwah para nabi yang sebenarnya. Mereka adalah al-Muslihun, yaitu
orang-orang yang membuat perbaikan; mereka memperbaiki akal, memperbaiki hati
dan memperbaiki kehidupan yang umum dan kehidupan yang khusus:
"Syu’ib berkata: 'Hai kaumku, bagaimana
fikiranku jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku dan dianugerahi-Nya
aku dari-Nya rezeki yang baik (patutkah aku menyalahi perintah-Nya)? Dan aku
tidak berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang aku larang. Aku
tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih
berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan)
Allah. Hanya kepada Allah bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah
aku kembali.'" (QS. Hud: 88)
Setelah
Nabi Syu’ib menjelaskan tujuan-tujuannya kepada mereka dan menyingkapkan
kebenaran dakwahnya, beliau mulai mengotak-atik akal- akal mereka; beliau
mengungkapkan kepada mereka bagaimana pergelutan orang-orang sebelum mereka
dengan para nabi sebelumnya, yaitu kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Hud, kaum Nabi
Saleh, dan kaum Nabi Luth yang masa mereka tidak jauh dengan masa Nabi Syu’ib.
Beliau mulai berdialog dengan mereka dan mengingatkan mereka bahawa sikap
penentangan mereka justru akan mendatangkan seksaan bagi mereka. Nabi Syu’ib
mengingatkan mereka bagaimana nasib orang-orang yang mendustakan kebenaran:
"Hai kaumku, janganlah hendaknya pertentangan
antara aku (dengan kamu) menyebabkan kamu menjadi jahat hingga kamu ditimpa
azab seperti yang menimpa kaum Nuh atau kaum Hud atau kaum Saleh, sedang kaum
Luth tidak (pula) jauh (tempatnya) dari kamu. Dan mohonlah ampun dari Tuhanmu
kemudian bertaubatlah kepada- Nya,sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha
Pengasih. " (QS. Hud: 89-90)
Usai
Nabi Syu’ib berdakwah kepada Allah s.w.t dan menjelaskan al-ishlah (usaha
memperbaiki masyarakat) dan mengingatkan mereka bahaya penentangan serta
menakut-nakuti mereka dengan menceritakan kembali seksaan yang diterima
orang-orang yang berbohong sebelum mereka. Meskipun demikian, Nabi Syu’ib tetap
membukakan pintu pengampunan dan pintu taubat bagi mereka. Beliau menunjukkan
kepada mereka kasih sayang Tuhannya Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Namun kaum Nabi Syu’ib memilih azab. Kekerasan hati mereka dan keinginan mereka
untuk mendapatkan harta yang haram serta rasa puas dengan sistem yang mengatur
mereka, semua itu menyebabkan mereka menolak kebenaran:
"Mereka berkata: 'Hai Syu’ib, kami tidak
banyak mengerti tentang apa yang kamu katakan itu.'" (QS. Hud: 91)
Kami
tidak memahamimu. Engkau adalah seorang yang mengacau; engkau mengatakan
sesuatu yang tidak dimengerti:
"Dan sesungguhnya kami benar-benar melihat
kamu seorang yang lemah di antara kami." (QS. Hud: 91)
Beliau
dikatakan sebagai orang yang lemah kerana orang-orang fakir dan orang-orang
yang menderita adalah orang-orang yang beriman padanya, sedangkan orang-orang
kaya dan para pembesar telah menentang mereka. Demikianlah pertimbangan umumnya
manusia yang tidak memiliki kekuatan cukup untuk menghadapi kebenaran dakwah
Nabi Syu’ib di mana beliau dianggap sebagai orang yang lemah:
"Kalau tidaklah kerana keluargamu tentulah
kami akan merejammu."(QS. Hud: 91)
Seandainya
kalau bukan kerana keluargamu dan kaummu dan orang-orang yang mengikutimu
nescaya kami akan menggali suatu lubang dan kami akan bunuh kamu di lubang itu
dengan cara melempari kamu dengan batu:
"Sedang kamu pun bukanlah seorang yang
berwibawa di sisi kami." (QS. Hud: 92)
Kaum
Nabi Syu’ib berpindah dari cara mengejek pada cara menyerang. Nabi Syu’ib telah
menyampaikan bukti kepada mereka setelah mereka mengejeknya, lalu mereka
mengubah cara mereka berdialog. Mereka memberitahunya bahawa mereka tidak
memahami apa yang beliau katakan dan mereka melihat bahawa Nabi Syu’ib sebagai
orang yang lemah dan hina. Dan seandainya kalau bukan kerana mereka takut
(kasihan)
kepada
keluarganya nescaya mereka akan membunuhnya. Mereka menampakkan kebencian
kepada Nabi Syu’ib dan ingin sekali untuk membunuhnya kalau bukan kerana
alasan-alasan yang berhubungan dengan keluarganya. Menghadapi ancaman itu, Nabi
Syu’ib tetap menunjukkan sikap lembutnya lalu beliau bertanya kepada mereka
dengan maksud untuk menggugah ke sekian kalinya akal mereka:
"Syu’ib menjawab: 'Hai kaumku, apakah
keluargaku lebih terhormat menurut pandanganmu daripada Allah. " (QS. Hud:
92)
Apakah
cukup rasional jika mereka membayangkan hal tersebut? Mereka melupakan hakikat
kekuatan yang mengatur alam. Sesungguhnya hanya Allah s.w.t Yang Maha Mulia dan
Maha Kuat. Seharusnya mereka mengingat hal itu; seharusnya seseorang tidak
takut kepada apapun selain Allah s.w.t dan tidak membandingkan kekuatan di alam
wujud ini dengan kekuatan Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t Yang Kuat dan hanya
Dia yang mengatur hamba-hamba-Nya.
Tampak
bahawa kaum Nabi Syu’ib mulai kesal dan semakin kesal dengannya, lalu
berkumpullah para pembesar kaumnya:
"Pemuka-pemuka dari kaum Syu'ib yang
menyombongkan diri berkata: 'Sesungguhnya kami akan mengusir kamu hai Syu’ib
dan dengan orang-orang yang beriman bersamamu dari kota kami, kecuali kamu
kembali kepada agama kami.'" (QS. al-A'raf: 88)
Mereka
menggunakan tahap baru dengan cara mengancam Nabi Syu’ib; mereka mengancamnya
untuk membunuh dan mengusir dari desa mereka; mereka memberi pilihan kepada
Nabi Syu’ib antara terusir dan kembali kepada agama mereka yang menyembah
pohon-pohon dan benda-benda mati. Nabi Syu’ib memberitahu kepada mereka bahawa
masalah kembalinya ia ke agama mereka adalah masalah yang tidak berhubungan
dengan masalah-masalah yang disebutkan dalam perjanjian. Sungguh Allah s.w.t
telah menyelamatkan beliau dari agama mereka lalu bagaimana beliau kembali lagi
padanya? Beliau yang mengajak mereka pada agama tauhid lalu bagaimana beliau
mengajak mereka untuk kembali pada kesyirikan dan kekufuran? Beliau mengajak
mereka dengan cara yang lembut dan kasih sayang sementara mereka
mengancamnya
dengan kekuatan.
Demikianlah
pertentangan antara Nabi Syu’ib dan kaumnya semakin berlanjutan. Nabi Syu’ib
memegang amanat dakwah untuk menghadapi para pembesar, para pendusta, dan para
penguasa kaumnya. Akhirnya, Nabi Syu’ib mulai mengetahui bahawa mereka tidak
lagi memiliki harapan kerana mereka telah berpaling dari Allah s.w.t:
"Sedang Allah kamu jadikan sesuatu yang
terbuang di belakangmu? Sesungguhnya pengetahuan Tuhanku meliputi apa yang kamu
kerjakan. Dan (dia berkata): 'Hai kaumku, berbuatlah menurut kemampuanmu,
sesungguhnya aku pun berbuat (pula). Kelak kamu akan mengetahui siapa yang akan
ditimpa azab yang menghinakannya dan siapa yang berdusta. Dan tunggulah azab
(Tuhan). Sesungguhnya aku pun menunggu bersama kamu." (QS. Hud: 92-93)
Nabi
Syu’ib berlepas diri dari mereka. Mereka telah berpaling dari agama Allah s.w.t
bahkan telah mendustakan nabi-Nya dan menuduhnya bahawa ia tersihir dan seorang
pembohong. Maka, setiap orang hendaklah melakukan apa saja yang diinginkannya
dan hendaklah mereka menunggu azab Allah s.w.t. Kemudian pergelutan antara Nabi
Syu’ib dan kaumnya berakhir adanya fasa baru. Mereka meminta kepada Nabi Syu’ib
untuk mendatangkan azab dari langit jika beliau termasuk orang-orang yang
benar. Dengan nada mencabar dan menentang, mereka berkata: "di mana azab
itu, di mana seksaan yang dijanjikan itu? Mengapa terlambat datang?"
Mereka
mengejek Nabi Syu’ib dan beliau dengan tenang menunggu datangnya azab Allah
s.w.t. Allah s.w.t mewahyukan kepada beliau agar keluar bersama orang-orang
mukmin dari desa tersebut. Akhirnya, Nabi Syu’ib keluar bersama para
pengikutnya dan datanglah azab Allah s.w.t:
"Dan tatkala datang azab Kami. Kami selamatkan
Syu’ib dan orang- orang yang beriman bersama-sama dengan dia dengan rahmat dari
kami, dan orang-orang lalim dibinasakan oleh satu suara yang mengguntur, lalu
jadilah mereka mati bergelimpangan di rumahnya. Seolah-olah mereka belum pernah
berdiam di tempat itu. Ingatlah, kebinasaan bagi penduduk Madyan sebagaimana
kaum Tsamud telah binasa." (QS. Hud: 94-95)
Ia
adalah teriakan sekali saja satu suara yang datang kepada mereka dari
celah-celah awan yang menyelimuti. Mula-mula mereka barangkali bergembira
kerana membayangkan itu akan membawa hujan tetapi mereka dikejutkan ketika
datang kepada mereka seksaan yang besar pada hari yang besar.
Selesailah
masalah ini. Mereka menyedari bahawa teriakan itu membawa bencana buat mereka;
teriakan itu menghanguskan setiap makhluk yang ada di dalam negeri itu. Mereka
tidak mampu bergerak dan tidak mampu menyembunyikan diri dan tidak pula mereka
dapat menyelamatkan diri mereka.
0 Response to "KISAH NABI SYU'AIB A.S"
Post a Comment