Nabi
Ayub as menggambarkan sosok manusia yang paling sabar, bahkan bisa dikatakan
bahawa beliau berada di puncak kesabaran. Sering orang menisbatkan kesabaran
kepada Nabi Ayub. Misalnya, dikatakan: seperti sabarnya Nabi Ayub. Jadi, Nabi
Ayub menjadi simbol kesabaran dan cermin kesabaran atau teladan kesabaran pada
setiap bahasa, pada setiap agama, dan pada setiap budaya. Allah s.w.t telah
memujinya dalam kitab-Nya yang berbunyi:
"Sesungguhnya
Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya
dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)
Yang
di maksud al-Aubah ialah kembali kepada Allah s.w.t. Nabi Ayub adalah seseorang
yang selalu kembali kepada Allah s.w.t dengan zikir, syukur, dan sabar.
Kesabarannya menyebabkan beliau memperoleh keselamatan dan rahsia pujian Allah
s.w.t padanya.
Al-Quran
al-Karim tidak menyebutkan bentuk dari penyakitnya, dan banyak cerita-cerita
dongeng yang mengemukakan tentang penyakitnya. Dikatakan bahawa beliau terkena
penyakit kulit yang dahsyat sehingga manusia-manusia enggan untuk mendekatinya.
Dalam cuplikan kitab Taurat disebutkan berkenaan dengan Nabi Ayub: "Maka
keluarlah syaitan dari haribaan Tuhan dan kemudian Ayub terkena suatu luka yang
sangat mengerikan dari ujung kakinya sampai kepalanya." Tentu kita menolak
semua ini sebagai suatu hakikat yang nyata. Kami pun tidak mentolerir jika itu
dianggap sebagai perbuatan seni semata. Perhatikanlah ungkapan dalam Taurat:
"Kemudian syaitan keluar dari haribaan Tuhan kita," sebagai
orang-orang Muslim, kita mengetahui bahawa syaitan telah keluar dari haribaan
Tuhan sejak Allah s.w.t menciptakan Adam as. Maka, kapan syaitan kembali ke
riba Tuhan? Kita berada di hadapan ungkapan seni, tetapi kita tidak berada di
hadapan suatu hakikat.
Lalu,
bagaimana hakikat sakitnya Nabi Ayub dan bagaimana kisahnya? Yang popular
tentang cubaan Nabi Ayub dan kesabarannya adalah riwayat berikut: para malaikat
di bumi berbicara sesama mereka tentang manusia dan sejauh mana ibadah mereka.
Salah seorang di antara mereka berkata: "Tidak ada di muka bumi ini
seorang yang lebih baik daripada Nabi Ayub. Beliau adalah orang mukmin yang
paling sukses, orang mukmin yang paling agung keimanannya, yang paling banyak
beribadah kepada Allah s.w.t dan bersyukur atas nikmat-nikmat-Nya dan selalu
berdakwah di jalan-Nya." syaitan mendengarkan apa yang dikatakan lalu ia
merasa terganggu dengan hal itu. Kemudian ia pergi menuju ke Nabi Ayub dalam
rangka berusaha menggodanya tetapi Nabi Ayub adalah seorang Nabi di mana
hatinya dipenuhi dengan ketulusan dan cinta kepada Allah s.w.t sehingga syaitan
tidak mungkin mendapatkan jalan untuk mengganggunya.
Ketika
syaitan berputus asa dari mengganggu Nabi Ayub, ia berkata kepada Allah s.w.t:
"Ya Rabbi, hamba-Mu Ayub sedang menyembah-Mu dan menyucikan-Mu namun, ia
menyembah-Mu bukan kerana cinta, tapi ia menyembah-Mu kerana
kepentingan-kepentingan tertentu. Ia menyembah-Mu sebagai balasan kepada-Mu
kerana Engkau telah memberinya harta dan anak dan Engkau telah memberinya
kekayaan dan kemuliaan. Sebenarnya ia ingin menjaga hartanya, kekayaannya, dan
anak-anaknya. Seakan-akan berbagai nikmat yang Engkau kurniakan padanya adalah
rahsia dalam ibadahnya. Ia takut kalau-kalau apa yang dimilikinya akan binasa
dan hancur. Oleh kerana itu, ibadahnya dipenuhi dengan hasrat dan rasa takut.
Jadi, di dalamnya bercampur antara rasa takut dan tamak, dan bukan ibadah yang
murni kerana cinta."
Riwayat
tersebut mengatakan bahawa Allah s.w.t berkata kepada iblis: "Sesungguhnya
Ayub adalah hamba yang mukmin dan sejati imannya. Ayub menjadi teladan dalam
keimanan dan kesabaran. Aku membolehkanmu untuk mengujinya dalam hartanya.
Lakukan apa saja yang engkau inginkan, kemudian lihatlah hasil dari apa yang
engkau lakukan."
Akhirnya,
syaitan pergi dan mendatangi tanah Nabi Ayub dan berbagai tanaman dan
kenikmatan yang dimilikinya. Kemudian syaitan itu menghancurkan semuanya.
Keadaan Nabi Ayub pun berubah dari puncak kekayaan ke puncak kefakiran.
Kemudian syaitan menunggu apa tindakan Nabi Ayub. Nabi Ayub berkata: "Oh
musibah dari Allah s.w.t. Aku harus mengembalikan kepada-Nya amanat yang ada di
sisi kami di mana Dia saat ini mengambilnya. Allah s.w.t telah memberi kami
nikmat selama beberapa masa. Maka segala puji bagi Allah s.w.t atas segala
nikmat yang diberikannya, dan Dia mengambil dari kami pada hari ini
nikmat-nikmat itu. Bagi-Nya pujian sebagai Pemberi dan Pengambil. Aku dalam
keadaan redha dengan keputusan Allah s.w.t. Dia-lah yang mendatangkan manfaat
dan mudarat. Dia-lah yang redha dan Dialah yang murka. Dia adalah Penguasa. Dia
memberikan kerajaan kepada siapa yang di kehendaki-Nya, dan mencabut kerajaan
dari siapa yang dikehendaki-Nya; Dia memuliakan siapa yang dikehendaki-Nya dan
menghinakan siapa yang dikehendaki- Nya." Kemudian Nabi Ayub sujud dan
Iblis tampak tercengang melihat pemandangan tersebut.
Lalu
syaitan kembali kepada Allah s.w.t dan berkata: "Ya Allah, jika Ayub tidak
menerima nikmat kecuali dengan mengatakan pujian, dan tidak mendapatkan musibah
kecuali mendapatkan kesabaran maka hal itu sebagai bentuk usahanya kerana ia
mendapatkan anak. Ia mengharapkan dengan melalui mereka kekayaannya meningkat
dan melalui mereka ia dapat menjalani kehidupan yang lebih mudah." Riwayat
mengatakan bahawa Allah s.w.t membolehkan bagi syaitan untuk berbuat apa saja
kepada anak-anak Ayub. Kemudian syaitan menggoncangkan rumah yang di situ
anak-anaknya tinggal sehingga mereka semua terbunuh. Dalam keadaan demikian,
Nabi Ayub berdialog kepada Tuhannya dan menyeru: "Allah memberi dan Allah
mengambil. Maka bagi-Nya pujian saat Dia memberi dan mengambil, saat Dia murka
dan redha, saat Dia mendatangkan manfaat dan mudarat. Kemudian Ayub pun sujud
dan iblis lagi-lagi tampak tercengang dan merasa malu."
Iblis
kembali menemui Allah s.w.t dan mengatakan bahawa Ayub dapat bersabar kerana
badannya sehat. Seandainya Engkau memberi kekuasaan kepadaku, ya Rabbi, untuk
mengganggu badannya nescaya dia akan berhenti dari kesabarannya. Riwayat
mengatakan bahawa Allah s.w.t menginzinkan syaitan untuk mengganggu tubuh Ayub.
Dikatakan bahawa syaitan memukul tubuh Nabi Ayub dari kepalanya sampai kakinya
sehingga Nabi Ayub sakit kulit di mana tubuhnya membusuk dan mengeluarkan
nanah, bahkan keluarganya dan sahabat-sahabatnya meninggalkannya kecuali
isterinya. Namun lagi-lagi Nabi Ayub tetap bersabar dan bersyukur kepada Allah
s.w.t. Beliau memuji-Nya pada hari- hari kesehatannya dan ia tetap memuji Allah
s.w.t saat mendapatkan ujian sakit. Dalam dua keadaan itu, Nabi Ayub tetap
bersabar dan bersyukur kepada Allah s.w.t.
Melihat
pemandangan itu, amarah syaitan semakin meningkat namun ia tidak mengetahui apa
yang harus dilakukannya. Di sini syaitan mengumpulkan para penasihatnya dari
pakar-pakar dan ia menceritakan tentang kisah Ayub dan meminta mereka
mengeluarkan pendapat—setelah ia menyampaikan rasa putus asanya saat
menggodanya atau mencuba menghilangkan sifat sabarnya dan syukurnya.
Salah
seorang syaitan berkata: "Sungguh engkau telah mengeluarkan Adam bapak
manusia dari syurga, lalu dari mana engkau mendatanginya? Oh, yang engkau
maksud adalah Hawa?" Terbukalah di hadapan Iblis suatu ide yang baru. Lalu
ia pergi ke isteri Ayub dan memenuhi hatinya dengan rasa putus asa sehingga ia
pergi ke Ayub dan berkata padanya: "Sampai kapan Allah s.w.t menyiksamu?
Di mana harta, keluarga, teman dan kaum kerabat? Di mana masa jayamu dan
kemuliaanmu dahulu?"
Mendengar
perkataan isterinya itu, Nabi Ayub menjawab: "Sungguh engkau telah
dikuasai oleh syaitan. Mengapa engkau menangisi kemuliaan yang telah berlalu
dan anak yang telah mati?" Perempuan itu berkata: "Mengapa engkau
tidak berdoa kepada Allah agar Dia menghilangkan cubaan darimu dan
menyembuhkanmu serta menghilangkan kesedihannmu?" Nabi Ayub berkata:
"Berapa lama kita merasakan kebahagiaan?" Isterinya menjawab:
"Delapan tahun." Ayub berkata: "Berapa lama kita mendapat
penderitaan?" Isterinya menjawab: "Tujuh tahun." Ayub berkata:
"Aku malu jika aku meminta agar Allah s.w.t melepaskan penderitaanku
ketika aku melihat masa kebahagiaanku. Sungguh imanmu tampak melemah dan
keputusan Allah s.w.t membuat hatimu menjadi sempit. Seandainya aku sembuh dan
kembali kepada kekuatanku, nescaya aku akan memukulmu dengan seratus kali
pukulan dari tongkat. Sejak hari ini, aku tidak memakan dari makananmu dan dari
minumanmu atau memerintahkanmu untuk melakukan suatu urusan. Maka pergilah kau
dariku."
Akhirnya,
isteri Nabi Ayub pergi sehingga Nabi Ayub tinggal sendirian dalam keadaan sabar
menanggung penderitaannya. Penderitaan yang seandainya ditimpakan kepada gunung
nescaya gunung tidak akan mampu menahannya. Kemudian Nabi Ayub berdoa kepada
Allah s.w.t dalam keadaan penuh kasih sayang dan meminta belas kasih
kepada-Nya. Beliau berdoa agar Allah s.w.t menyembuhkannya. Dan akhirnya,
doanya dikabulkan oleh Allah s.w.t. Demikianlah riwayat yang popular berkenaan
dengan penderitaan Nabi Ayub dan kesabarannya.
Menurut
hemat kami riwayat ini palsu kerana ia sesuai dengan teks Taurat yang
menjelaskan sakitnya Nabi Ayub. Begitu juga kami tidak menerima jika dikatakan
bahawa penyakitnya sangat buruk sekali yang menyebabkan masyarakat lari darinya
sebagaimana dikatakan oleh dongeng-dongeng kuno. Bagi kami, riwayat semacam itu
bertentangan dengan kedudukan kenabian. Yang perlu kita perhatikan dan perlu kita
pastikan adalah apa-apa yang telah disampaikan oleh Al-Quran berkenaan dengan
cerita Nabi Ayub. Al-Quran adalah kitab satu-satunya yang pasti benar yang
tiada kebatilan di depan dan di belakangnya.
Allah
s.w.t berfirman:
"Dan
(ingatlah kisah) Ayub ketika ia menyeru Tuhannya: ('Ya Tuhanku), sesungguhnya
aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di
antara semua penyayang.' Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami
lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalian keluarganya kepadanya,
dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami
dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah." (QS.
al-Anbiya': 83-84)
Kita
telah memahami bahawa Nabi Ayub adalah hamba yang soleh dari hamba-hamba Allah
s.w.t. Allah s.w.t menginginkan untuk mengujinya dalam hartanya, keluarganya,
dan badannya. Hartanya hilang sehingga ia menjadi orang fakir setelah
sebelumnya ia termasuk orang yang paling kaya. Kemudian ia ditinggalkan oleh
isterinya dan keluarganya sehingga ia merasakan erti kesunyian dan kesendirian
lalu ia ditimpa penyakit dalam tubuhnya dan ia merasa menderita kerananya,
tetapi beliau tetap sabar menghadapi semua itu dan tetap bersyukur kepada Allah
s.w.t.
Sakit
yang dideritanya cukup lama sehingga beliau menghabiskan waktu- waktu dan
hari-harinya dalam keadaan sendirian bersama penyakitnya, rasa sedihnya, dan
kesendiriannya. Demikianlah Nabi Ayub merasakan segi tiga penderitaan. Segi
tiga penderitaan dalam hidupnya, yaitu sakit, kesedihan, dan kesendirian. Di
saat beliau mendapat cubaan seperti itu, pada suatu hari datang pada beliau
salah satu pemikiran syaitan. Fikiran itu berputar-putar di relung hatinya;
fikiran itu mengatakan padanya, wahai Ayub penyakit ini dan penderitaan yang
engkau rasakan oleh kerana godaan dariku. Seandainya engkau berhenti sabar
dalam satu hari saja nescaya penyakitmu akan hilang darimu. Kemudian
manusia-manusia berbisik-bisik dan berkata: Seandainya Allah s.w.t mencintainya
nescaya ia tidak akan merasakan penderitaan yang begitu hebat. Demikianlah
pemikiran yang jahat itu. syaitan tidak mampu untuk mengganggu seseorang
kecuali dengan izin Allah s.w.t sebagaimana Allah s.w.t tidak menjadikan
cinta-Nya kepada manusia identik dengan kesihatan mereka. Sesungguhnya Allah
s.w.t menguji mereka sebagaimana yang dikehendaki-Nya.
Fikiran
syaitan itu berputar di sekitar hati Nabi Ayub seperti berputarnya lalat di
musim panas di sekitar kepala manusia, namun beliau mampu menghilangkan fikiran
ini dan sambil tersenyum kepada dirinya beliau berkata: "Keluarlah hai
syaitan! Sungguh aku tidak akan berhenti bersabar, bersyukur, dan
beribadah." Akhirnya, fikiran jahat itu dengan rasa putus asa keluar dari
akal Nabi Ayub. Nabi Ayub duduk dalam keadaan marah kerana syaitan berani untuk
mengganggunya. Beliau membayangkan bahawa boleh jadi syaitan berani menggodanya
dengan memanfaatkan kesendiriannya, penderitaannya, dan penyakitnya.
Isteri
Nabi Ayub datang dalam keadaan terlambat dan mendapati Nabi Ayub dalam keadaan marah.
Isterinya itu menutupi kepalanya dengan suatu kain tertutup. Isteri Nabi Ayub
menghadirkan atau menghidangkan makanan yang baik untuknya. Nabi Ayub bertanya
padanya: "Dari mana engkau mendapati wang?" Nabi Ayub telah bersumpah
akan memukulnya seratus kali pukulan dengan tongkat ketika beliau sembuh,
tetapi kesabarannya sungguh sangat luas seperti sungai yang besar. Dan di waktu
sore, setelah mengetahui kehalalan makanan yang dihidangkan, beliau pun
memakannya. Kemudian Nabi Ayub keluar menuju ke gunung dan berdoa kepada
Tuhannya.
Allah
s.w.t berfirman:
"Dan
ingatlah akan hamba Kami Ayub ketika ia menyeru Tuhannya: 'Sesungguhnya aku
diganggu syaitan dengan kepayahan dan seksaan' (Allah berfirman): 'Hentamkanlah
kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum. Dan Kami anugerahi
dia (dengan mengumpulkan kembali) keluarganya dan (Kami tambahkan) kepada
mereka sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari Kami dan pelajaran bagi
orang-orang yang mempunyai fikiran. Dan ambillah dengan tanganmu seikat
(rumput), maka pukullah dengan itu dan janganlah kamu melanggar sumpah.
Sesungguhnya Kami mendapati dia (Ayuh) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik
hamba. Sesungguhnya dia sangat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 41-44)
Bagaimana
kita memahami perkataan Nabi Ayub, "Sesungguhnya aku diganggu syaitan
dengan kepayahan dan seksaan."? Nabi Ayub ingin mengadukan kepada Tuhannya
perihal keberanian syaitan padanya di mana syaitan membayangkan bahawa ia dapat
mengganggunya. Nabi Ayub tidak percaya bahawa sakit yang dideritanya adalah
datang kerana pengaruh syaitan.
Demikianlah
pemahaman yang sesuai dengan kemaksuman para nabi dan kesempurnaan mereka.
Allah s.w.t memerintahkan beliau untuk mandi di salah satu mata air di gunung.
Allah s.w.t memerintahkannya agar beliau minum dari mata air ini. Kemudian Nabi
Ayub melaksanakan perintah ini dan mandi serta minum. Belum lama beliau minum
pada tegukan yang terakhir sehingga beliau merasakan sehat dan sembuh sepenuhnya
dari penyakitnya. Kemudian suhu panas dalam tubuhnya pun kembali normal seperti
biasanya. Allah s.w.t memberikan kepada Ayub dan keluarganya dan orang-orang
yang seperti mereka suatu rahmat dari sisi-Nya sehingga Nabi Ayub tidak kembali
sendirian. Allah s.w.t memberinya berlipat-lipat kekayaan dan kemuliaan dari
sisi-Nya sehingga Ayub tidak menjadi fakir.
Nabi
Ayub kembali mendapatkan kesehatannya setelah lama merasakan penderitaan dan
sakit; Nabi Ayub bersyukur kepada Allah s.w.t. Beliau telah bersumpah untuk
memukul Isterinya sebanyak seratus pukulan dengan tongkat ketika beliau sembuh.
Sekarang beliau sembuh maka Allah s.w.t mengetahui bahawa beliau tidak
bermaksud untuk memukul Isterinya. Namun agar beliau tidak sampai melanggar
janjinya dan sumpahnya, Allah s.w.t memerintahkannya agar segera mengumpulkan
seikat ranting dari bunga Raihan yang berjumlah seratus dan hendaklah beliau
memukulkan itu kepada isterinya dengan sekali pukulan. Dengan demikian, beliau
telah memenuhi sumpahnya dan tidak berbohong. Allah s.w.t membalas kesabaran
Ayub dan memujinya dalam Al-Quran sebagaimana firman-Nya:
"Sesungguhnya
Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba.
Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)
0 Response to "KISAH NABI AYUB A.S"
Post a Comment