Beliau adalah seorang utusan Allah s.w.t. Telah
terjadi pertentangan antara beliau dan kaumnya tentang berhala yang bemama
Ba'l. Nabi Ilyas menyeru di jalan Allah s.w.tdan mengajak kaumnya tetapi
kaumnya mengabaikannya. Mereka cenderung kepada Ba'l.
Selesailah halaman kehidupan dunia dan mereka
dihadirkan di hadapan Allah s.w.tpada hari kiamat. Allah s.w.t menceritakan hal
tersebut dalam firman-Nya:
"Dan sesungguhnya Ilyas termasuk
salah seorang dari rasul-rasul. (Ingatlah) ketika ia berkata kepada kaumnya:
'Mengapa kamu tidak bertakwa? Patutkah kamu menyembah Ba'l dan kamu tinggalkan
sebaik-baik Pencipta, yaitu Allah Tuhanmu dan Tuhan bapak- bapakmu yang
terdahulu?' Maka mereka mendustakannya, kerana itu mereka akan diseret (ke
neraka), kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan (dari dosa). Dan Kami
abadikan untuk Ilyas (pujian yang baik) di halangan orang-orang yang datang
kemudian. (Yaitu) kesejahteran dilimpahkan atas Ilyas? Sesungguhnya demikianlah
Kami memberi balasan hepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya dia
termasuk hamba-hamba Kami yang beriman." (QS. ash-Shaffat: 123-132)
Hanya ayat-ayat yang pendek ini yang Allah s.w.t
sebutkan berkaitan dengan kisah Nabi Ilyas. Dan pendapat yang paling kuat
adalah pendapat yang menyatakan bahawa Ilyas adalah seorang Nabi yang bernama
Ilya dalam Taurat. Injil Barnabas mengemukakan nasihat-nasihat Ilya. Tentu
nasihat-nasihat tersebut tidak begitu terkenal dalam Taurat. Kami akan
menyebutkan nasihat-nasihat tersebut kerana di dalamnya terdapat hikmah yang
dalam dan ketulusan hati. Pesan tersebut terdapat dalam injil Barnabas dari
ayat 23 sampai ayat 49. Disebutkan di dalamnya bahawa
"Ilya adalah hamba Allah. Hal ini ditulis bagi
semua orang yang menginginkan untuk berjalan bersama Allah Pencipta mereka.
Sesungguhnya orang yang suka untuk banyak belajar maka ia akan sedikit takut
kepada Allah. kerana orang yang takut kepada Allah maka ia akan merasa puas
untuk mengetahui apa-apa yang diinginkan Allah saja. Hendaklah orang-orang yang
menginginkan untuk mengerjakan amal-amal yang soleh memperhatikan diri mereka
kerana seseorang tidak akan memperoleh manfaat ketika mendapati dunia
mendapatkan keuntungan sementara ia mendapati kerugian. Selanjutnya, hendaklah
orang yang mengajari orang lain berusaha untuk lebih baik daripada orang lain
kerana tidak akan bermanfaat suatu nasihat yang diberikan oleh orang yang tidak
mengamalkan apa yang dikatakannya. Sebab, bagaimana seorang yang salah dapat
memperbaiki kehidupannya sementara ia mendengar seorang yang lebih buruk
darinya berusaha untuk mengajarinya. Kemudian hendaklah orang yang mencari
Allah berusaha lari dari percakapan dengan manusia kerana Musa ketika berada
sendirian di atas gunung Saina' maka beliau menemukan Allah dan berdialog
dengan-Nya sebagaimana seorang pencinta berdialog dengan kekasihnya. Dan
hendaklah orang-orang yang mencari Allah berusaha keluar sekali setiap tiga
puluh kali ke tempat yang biasa di jadikan perkumpulan oleh masyarakat dunia.
kerana boleh jadi ia dapat melakukan suatu amal pada satu hari saja namun
dihitung amalnya itu selama dua tahun, khususnya berkaitan dengan pekerjaan yang
di situ ia mencari ridha Allah. Hendaklah ketika ia berbicara tidak melihat ke
arah mana pun kecuali ke arah dua kakinya, dan ketika ia berbicara hendaklah
mengatakan hal yang penting saja. Hendaklah ketika ia makan tidak berdiri dari
meja makan dalam keadaan kekenyangan. Dan hendaklah mereka berpikir setiap hari
kerana boleh jadi mereka tidak akan menemui hari berikutnya. Dan hendaklah
mereka benar-benar memanfaatkan waktu mereka sebagaimana mereka selalu
bernafas. Hendaklah satu baju dari kulit binatang cukup untuk mereka. Hendaklah
mereka setiap malam berusaha untuk tidur tidak lebih dari dua jam. Hendaklah
mereka berusaha berdiri di tengah-tengah salat dengan rasa takut.
Kerjakanlah semua ini dalam rangka mengabdi kepada
Allah s.w.t dengan menjunjung tinggi syariat-Nya yang Allah s.w.t kurniakan
kepada kalian melalui Nabi Musa. kerana dengan cara seperti ini, kalian akan
menemukan Allah s.w.t dan kalian akan merasakan pada setiap zaman dan tempat
bahawa kalian berada di bawah naungan Allah s.w.t dan Dia akan selalu bersama
kalian." Demikianlah apa-apa yang disebutkan dalam injil Barnabas melalui
tulisan Ilya. ?
0 Response to "KISAH NABI ILYAS A.S"
Post a Comment