Ismail berusia belia ketika memulai perjalanannya menuju Allah
s.w.t. Ibunya membawanya dan menidurkannya di atas tanah, yaitu tempat yang
sekarang kita kenal dengan nama telaga zamzam dalam Ka'bah. Saat itu tempat
yang dihuninya sangat tandus dan belum terdapat telaga yang memancar dari bawah
kakinya. Tidak ada di sana setitis air pun. Nabi Ibrahim meninggalkan
isterinya, Hajar, bersama anaknya yang kecil. "Wahai Ibrahim ke mana
engkau hendak pergi dan membiarkan kami di lembah yang kering ini?" Kata
Hajar. "Wahai Ibrahim di mana engkau akan pergi dan membiarkan kami? Wahai
Ibrahim ke mana engkau akan pergi?" Si ibu mengulang-ulang apa yang
dikatakannya. Sedangkan Nabi Ibrahim diam dan tidak menjawab. Kita tidak
mengetahui secara pasti bagaimana perasaan Nabi Ibrahim saat meninggalkan mereka
berdua di suatu lembah yang tidak ada di alamnya tumbuh-tumbuhan dan minuman.
Namun Allah s.w.t telah memerintahkannya untuk tinggal di lembah itu. Dengan
lapang dada Nabi Ibrahim melaksanakan perintah Allah s.w.t.
Dalam kisah-kisah israiliyat (kisah-kisah palsu yang dibuat oleh
Bani Israil) disebutkan bahawa isteri pertamanya, Sarah, tampak cemburu pada
Hajar, isteri keduanya, sehingga kerananya Nabi Ibrahim harus menjauhkannya
beserta anaknya. Kami percaya bahawa kisah ini palsu dan penuh dengan
kebohongan. Jika kita mengamati keperibadian Nabi Ibrahim, maka kita mengetahui
bahawa beliau tidak akan mendapat perintah dari seorang pun selain Allah s.w.t.
Kami tidak meyakini bahawa beliau terperangkap dalam perasaan
kecemburuan feminisme dan kami juga tidak percaya bahawa beliau sengaja
membangkitkan perasaan ini. Kami tidak mengira bahawa peribadi Sarah yang mulia
akan terpedaya dengan sikap egoisme. Bukankah ia sendiri yang menikahkan Nabi
Ibrahim dengan Hajar, pembantunya agar ia mendapatkan keturunan? Ia menyedari
bahawa dirinya wanita tua dan mandul. Ia sendiri yang menikahkannya dan
membantu pelaksanaannya. Ia telah memberikan dan mengabdikan dirinya kepada
seorang lelaki yang hatinya tiada dipenuhi dengan cinta kepada siapa pun
kecuali cinta kepada Penciptanya.
Allah s.w.t berfirman tentang Sarah dan Hajar:
"Rahmat Allah dan keberkatan-Nya dicurahkan atas kamu, hai
ahlul bait! Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah. (QS. Hud: 73)
Jadi, masalahnya adalah bukan masalah kecemburuan antara sesama
wanita, namun ia adalah tugas yang diperintahkan oleh Allah s.w.t yang di
dalamnya tersembunyi hikmah-Nya. Barangkali Sarah lebih hairan daripada Hajar
ketika Nabi Ibrahim memerintahkannya untuk membawa anaknya Ismail dan
mengikutinya. "Ke mana engkau hai Ibrahim pergi?" Mungkin
pertama-tama Hajar yang bertanya kepadanya dan mungkin juga Sarah yang
bertanya. Nabi Ibrahim hanya terdiam dan akhirnya kedua wanita itu pun juga
terdiam.
Di sana terdapat hikmah yang tersembunyi di mana Nabi Ibrahim
tidak mengetahuinya dan Allah s.w.t tidak menjelaskan kepadanya. la tidak
mengetahui hai itu sebagaimana mereka berdua juga tidak mengetahuinya. Jadi
kedua-duanya hanya terdiam sebagai bentuk akhlak dari isteri-isteri nabi.
Inilah Hajar yang sendirian bersama anaknya di lembah yang terasing dan tandus,
di mana ia tidak mengetahui rahsia di balik tempat itu. Inilah Ismail yang
memulai perjalanannya menuju Allah s.w.t saat masih menyusui. Ia mengalami
ujian saat masih kecil dan juga ujian bagi ayahnya, di mana ia mendapatkan
seorang anak saat sudah tua. Nabi Ibrahim menyedari bahawa manusia tidak
memiliki sesuatu pun dalam dirinya. Dan seseorang yang cinta kepada Allah s.w.t
akan memberikan dirinya kepada Allah s.w.t dan akan memberikan apa yang di
sukai oleh dirinya kepada Allah s.w.t tanpa harus diminta. Itu adalah hukum
cinta yang dalam. Kami tidak percaya bahawa Nabi Ibrahim mengetahui mengapa ia
harus meninggalkan Ismail dan ibunya di tempat itu. Kami tidak mengira bahawa
Allah s.w.t telah memberitahunya. Allah s.w.t hanya menurunkan perintah dan
Ibrahim hanya menaatinya. Di sinilah tampak kerasnya ujian dan kesulitannya. Di
sinilah cinta yang paling dalam diungkapkan, dan di sinilah cinta yang murni
dituangkan.
Allah s.w.t menguji kekasih-Nya Ibrahim dengan suatu ujian yang
sangat keras, di mana umumnya para orang tua berat sekali melakukannya. Bukan
bererti bahawa cinta Allah s.w.t kepada Ibrahim dan cinta Ibrahim kepada-Nya
menjadikan Ibrahim tidak memiliki perasaan kemanusiaan. Kekuatan cintanya pada
Allah s.w.t justru menjadikan sebagai lautan dari perasaan kemanusiaan, bahkan
lautan yang tidak bertepi. Perasaan beliau terhadap Ismail lebih besar, lebih
lembut, dan lebih sayang dari perasaan ayah mana pun terhadap anaknya. Meskipun
demikian, beliau rela meninggalkannya di tempat yang tandus kerana Allah s.w.t
memerintahkan hal tersebut. Terjadilah pergelutan dalam dirinya namun ia mampu
melewati ujiannya dan beliau memilih cinta Allah s.w.t daripada cinta anaknya.
Ketika Nabi Ibrahim menampakkan kecintaan yang luar biasa dari
yang seharusnya kepada anaknya, maka Allah s.w.t memerintahkannya untuk
menyembelihnya. Allah s.w.t agar hanya Dia yang menjadi pusat cinta para
nabi-Nya. Barang siapa yang mencintai Allah s.w.t, maka ia pun harus mencintai
kebenaran dan orang yang mencintai kebenaran adalah orang memenuhi hatinya
dengan cinta kepada Penciptanya semata. Ismail mewarisi kesabaran ayahnya. Nabi
Ibrahim berdoa kepada Allah s.w.t sebelumnya:
"Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang
termasuk orang-orang yang soleh" (QS. ash-Shaffat: 100)
Allah s.w.t menjawab:
"Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang
amat sabar." (QS. ash-Shaffat: 101)
Kesabaran yang sama yang terdapat pada ayahnya, kebaikan yang
sama, ketakwaan yang sama, dan adab kenabian yang sama pula. Ismail mendapatkan
ujian yang pertama saat beliau kecil dan ujian itu berakhir saat Allah s.w.t
memancarkan zamzam dari kedua kakinya sehingga darinya ibunya minum dan
menyusuinya. Kemudian Ismail mendapatkan ujian yang kedua dalam hidupnya saat
ia menginjak masa muda:
"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha
bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: Hai anakku sesungguhnya aku melihat
dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!' Ia
menjawab: 'Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu: Insya
Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'" (QS.
ash-Shaffat: 102)
Apa yang Anda kira terhadap jawapan si anak? Ia tidak bertanya
tentang sifat dari mimpi itu, dan ia tidak berdebat dengan ayahnya tentang
kebenaran mimpi itu, tetapi yang dikatakannya: "Wahai ayahku laksanakanlah
apa yang diperintahkan. "Janganlah engkau gelisah kerana aku dan janganlah
engkau menampakkan kesedihan dan keluh-kesah. "Engkau akan mendapatiku
termasuk orang-orang yang sabar." Demikianlah jawapan seorang anak yang
soleh terhadap ayahnya yang soleh. Itulah puncak dari kesabaran dari seorang
anak dan tentu orang tuanya lebih harus bersabar. Itu bagaikan perlumbaan di
antara keduanya untuk menguji siapa di antara mereka yang paling sabar.
Perlumbaan yang tujuannya adalah meraih cinta Allah s.w.t.
Allah s.w.t berfirman:
"Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah Ismail
(yang tersebut) di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang benar
janjinya, dan dia adalah seorang rasul dan nabi. Dan ia menyuruh keluarganya
untuk bersembahyang dan menunaikan zakat, dan ia adalah seorang yang diredhai di
sisi Tuhannya." (QS. Maryam: 54-55)
Baitullah
Ismail hidup di semenanjung Arab sesuai dengan kehendak Allah
s.w.t. Ismail memelihara kuda dan terhibur dengannya serta memanfaatkannya
untuk keperluannya. Sedangkan air zamzam sangat membantu orang- orang yang
tinggal di daerah itu. Kemudian sebahagian kafilah menetap di situ dan
sebahagian kabilah tinggal di tempat itu. Nabi Ismail tumbuh menjadi dewasa dan
menikah. Lalu ayahnya, Nabi Ibrahim, mengunjunginya dan tidak menemukannya
dalam rumah namun ia hanya mendapati isterinya. Nabi Ibrahim bertanya kepadanya
tentang kehidupan mereka dan keadaan mereka. isterinya mengadukan padanya
tentang kesempitan hidup dan kesulitannya. Nabi Ibrahim berkata padanya:
"Jika datang suamimu, maka perintahkan padanya untuk mengubah gerbang
pintunya."
Ketika Nabi Ismail datang, dan isterinya menceritakan padanya
perihal kedatangan seorang lelaki, Ismail berkata: "Itu adalah ayahku dan
ia memerintahkan aku untuk meninggalkanmu, maka kembalilah engkau pada
keluargamu." Kemudian Nabi Ismail menikahi wanita yang kedua. Nabi Ibrahim
mengunjungi isteri keduanya dan bertanya kepadanya tentang keadaannya. Lalu ia
menceritakan padanya bahawa mereka dalam keadaan baik-baik dan dikurniai
nikmat. Nabi Ibrahim puas terhadap isteri ini dan memang ia sesuai dengan
anaknya. Barangkali Nabi Ibrahim menggunakan kemampuan spirituilnya dan cahaya
yang mampu menyingkap keghaiban yang dimilikinya. Nabi Ibrahim menyiapkan
Ismail untuk mengembang tugas yang besar. Yaitu tugas yang membutuhkan kerja
keras kemanusiaan seluruhnya dan waktunya seluruhnya serta kenyamanannya
seluruhnya.
Ismail menjadi besar dan mencapai kekuatannya. Nabi Ibrahim
mendatanginya. Tibalah saat yang tepat untuk menjelaskan hikmah Allah s.w.t
yang telah terjadi dari perkara-perkara yang samar. Nabi Ibrahim berkata kepada
Ismail: "Wahai Ismail, sesungguhnya Allah s.w.t memerintahkan padaku suatu
perintah" ketika datang perintah pada Nabi Ibrahim untuk menyembelihnya,
beliau menjelaskan kepadanya persoalan itu dengan gamblang. Dan sekarang ia
hendak mengemukakan perintah lain yang sama agar ia mendapatkan keyakinan
bahawa Ismail akan membantunya. Kita di hadapan perintah yang lebih penting
daripada penyembelihan. Perintah yang tidak berkenaan dengan peribadi nabi
tetapi berkenaan dengan makhluk.
Ismail berkata: "Laksanakanlah apa yang diperintahkan Tuhanmu
padamu." Nabi Ibrahim berkata: "Apakah engkau akan membantuku?"
Ismail menjawab: "Ya, aku akan membantumu." Nabi Ibrahim berkata:
"Sesungguhnya Allah s.w.t memerintahkan aku untuk membangun rumah di
sini." Nabi Ibrahim mengisyaratkan dengan tangannya dan menunjuk suatu
bukit yang tinggi di sana.
Selesailah pekerjaan itu. Perintah itu telah dilaksanakan dengan
berdirinya Baitullah yang suci. Itu adalah rumah yang pertama kali dibangun
untuk manusia di bumi. Ia adalah rumah pertama yang di dalamnya manusia
menyembah Tuhannya. Dan kerana Nabi Adam adalah manusia yang pertama turun ke
bumi, maka keutamaan pembangunannya kembali padanya. Para ulama berkata:
"Sesungguhnya Nabi Adam membangunnya dan ia melakukan tawaf di
sekelilingnya seperti para malaikat yang tawaf di sekitar Arasy Allah s.w.t.
Nabi Adam membangun suatu khemah yang di dalamnya ia menyembah
Allah s.w.t. Adalah hal yang biasa bagi Nabi Adam - sebagai seorang Nabi
- untuk membangun sebuah rumah untuk menyembah Allah s.w.t. Tempat itu dipenuhi
dengan rahmat. Kemudian Nabi Adam meninggal dan berlalulah abad demi abad
sehingga rumah itu hilang dan tersembunyi tempatnya. Maka Nabi Ibrahim
mendapatkan perintah dari Allah s.w.t untuk membangun kedua kalinya agar rumah
itu tetap berdiri sampai hari kiamat dengan izin Allah s.w.t. Nabi Ibrahim
mulai membangun Ka'bah. Ka'bah adalah sekumpulan batu yang tidak membahayakan
dan tidak memberikan manfaat. Ia tidak lebih dari sekadar batu. Meskipun
demikian, ia merupakan simbol tauhid Islam dan tempat penyucian kepada Allah
s.w.t. Nabi Adam memiliki tauhid yang tinggi dan Islam yang mutlak. Nabi
Ibrahim pun termasuk seorang Muslim yang tulus dan ia bukan termasuk seorang
musyrik.
Batu-batu rumah itu telah dibangun dari ketenteraman hati Nabi
Adam dan kedamaian Nabi Ibrahim serta cintanya dan kesabaran Nabi Ismail serta
ketulusannya. Oleh kerana itu, ketika Anda memasuki Masjidil Haram Anda akan
merasakan suatu gelombang kedamaian yang sangat dalam. Terkadang pada kali yang
pertama engkau melihat dirimu dan tidak melihat rumah dan pemeliharanya. Dan
barangkali engkau melihat rumah pada kali yang kedua namun engkau tidak melihat
dirimu dan Tuhanmu. Ketika engkau pergi ke haji engkau tidak akan melihat
dirimu dan rumah itu yang engkau lihat hanya pemelihara rumah itu. Ini adalah
haji yang hakiki. Inilah hikmah yang pertama dari pembangunan Ka'bah.
Allah s.w.t berfirman:
"Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina)
dasar-dasar baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): 'Ya Tuhan kami terimalah
dari kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui. Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk dan patuh
kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh
kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah
haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima
taubat lagi Maha Penyayang. Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang rasul
dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan
mengajarkan kepada mereka al-Kitab (Al-Quran) dan al-Hikmah (as-Sunnah) serta
menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana. " (QS. al-Baqarah: 127-129)
Ka'bah terdiri dari batu-batuan yang ada di bumi di mana ia
dijadikan pondasi oleh Nabi Ibrahim dan Ismail. Sejarah menceritakan bahawa ia
pernah dihancurkan lebih dari sekali sehingga ia pun beberapa kali dibangun
kembali. Ia tetap berdiri sejak masa Nabi Ibrahim sampai hari ini. Dan ketika
Rasulullah saw diutus - sebagai bukti pengabulan doa Nabi Ibrahim -
beliau mendapat Ka'bah dibangun terakhir kalinya, dan tenaga yang dicurahkan
oleh orang-orang yang membangunnya sangat terbatas di mana mereka tidak
menggali dasarnya sebagaimana Nabi Ibrahim menggalinya. Dari sini kita memahami
bahawa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail mencurahkan tenaga keras yang tidak dapat ditandingi
oleh ribuan laki-laki. Rasulullah saw telah menegaskan bahawa kalau bukan
kerana kedekatan kaum dengan masa jahiliah dan kekhuatiran orang- orang akan
menuduhnya dengan berbagai tuduhan jika beliau menghancurkannya dan
membangunkannya kembali, nescaya beliau ingin merobohkannya dan
mengembalikannya ke pondasi Nabi Ibrahim.
Sungguh kedua nabi yang mulia itu telah mencurahkan tenaga keras
dalam membangunnya. Mereka berdua menggali pondasi kerana dalamnya tanah yang
di bumi. Mereka memecahkan batu-batuan dari gunung yang cukup jauh dan dekat,
lalu setelah itu memindahkannya dan meratakannya serta membangunnya. Tentu hal
itu memerlukan tenaga keras dari beberapa lelaki tetapi mereka berdua
membangunnya bersama-sama. Kita tidak mengetahui berapa banyak waktu yang
digunakan untuk membangun Ka'bah sebagaimana kita tidak mengetahui waktu yang
digunakan untuk membuat perahu Nabi Nuh. Yang penting adalah, bahawa perahu
Nabi Nuh dan Ka'bah sama-sama sebagai tempat perlindungan manusia dan tempat
yang membawa keamanan dan kedamaian. Ka'bah adalah perahu Nabi Nuh yang tetap
di atas bumi selama-lamanya. Ia selalu menunggu orang-orang yang menginginkan
keselamatan dari kedahsyatan angin taufan yang selalu mengancam setiap saat.
Allah s.w.t tidak menceritakan kepada kita tentang waktu
pembangunan Ka'bah. Allah s.w.t hanya menceritakan perkara yang lebih penting
dan lebih bermanfaat. Dia menceritakan tentang kesucian jiwa orang-orang yang
membangunnya dan doa mereka saat membangunnya:
"Tuhan kami, terimalah dari hand (amalan kami), sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. " (QS. al- Baqarah:
127)
Itulah puncak keikhlasan orang-orang yang ikhlas, ketaatan
orang-orang yang taat, ketakutan orang-orang yang takut, dan kecintaan
orang-orang yang mencintai:
"Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk
patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara cucu kami umat yang tunduk patuh
kepada Engkau." (QS. al-Baqarah:
128)
Sesungguhnya kaum Muslim yang paling agung di muka bumi saat itu,
mereka berdoa kepada Allah s.w.t agar menjadikan mereka termasuk orang-orang
yang berserah diri pada-Nya. Mereka mengetahui bahawa hati manusia terletak
sangat dekat dengan ar-Rahman (Allah s.w.t). Mereka tidak akan mampu
menghindari tipu daya Allah s.w.t. Oleh kerana itu, mereka menampakkan
kemurnian ibadah hanya kepada Allah s.w.t, dan mereka membangun rumah Allah
s.w.t serta meminta pada- Nya agar menerima pekerjaan mereka.
Selanjutnya, mereka meminta Islam (penyerahan diri) pada-Nya dan
rahmat yang turun pada mereka di mana mereka memohon kepada Allah s.w.t agar
memberi mereka keturunan dari umat Islam. Mereka ingin agar jumlah orang-orang
yang beribadah dan orang-orang yang sujud dan rukuk semakin banyak.
Sesungguhnya doa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail menyingkap isi had seorang
mukmin. Mereka membangun rumah Allah s.w.t dan pada saat yang sama mereka
disibukkan dengan urusan akidah (keyakinan). Itu mengisyaratkan bahawa rumah
itu sebagai simbol dari akidah.
"Dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat
ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Penerima taubat lagi Maha Penyayang. " (QS. al-Baqarah: 128)
Perlihatkanlah kepada kami cara ibadah yang Engkau sukai.
Perlihatkanlah kepada kami bagaimana kami menyembah-Mu di bumi. Dan terimalah
taubat kami. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang.
Setelah itu, kepedulian mereka melampaui masa yang mereka hidup di dalamnya.
Mereka berdoa kepada Allah s.w.t:
"Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang rasul dari
kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan
mengajarkan kepada mereka al-Kitab (Al-Quran) dan al-Hikmah (as-Sunnah) serta
menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
" (QS. al-Baqarah: 129)
Akhirnya, doa tersebut terkabul ketika Allah s.w.t. mengutus
Muhammad bin Abdullah saw. Doa tersebut terwujud setelah melalui masa demi
masa. Selesailah pembangunan Ka'bah dan Nabi Ibrahim menginginkan batu yang
istimewa yang akan menjadi tanda khusus di mana tawaf di sekitar Ka'bah akan
dimulai darinya. Ismail telah mencurahkan tenaga di atas kemampuan manusia
biasa. Beliau bekerja dengan sangat antusias sebagai wujud ketaatan terhadap
perintah ayahnya. Ketika beliau kembali, Nabi Ibrahim telah meletakkan Hajar
Aswad di tempatnya. "Siapakah yang mendatangkannya (batu) padamu wahai
ayahku?" Nabi Ibrahim berkata: "Jibril as yang mendatangkannya."
Selesailah pembangunan Ka'bah dan orang- orang yang mengesakan Allah s.w.t
serta orang-orang Muslim mulai bertawaf di sekitarnya. Nabi Ibrahim berdiri
dalam keadaan berdoa kepada Tuhannya sama dengan doa yang dibacanya sebelumnya,
yaitu agar Allah s.w.t menjadikan had manusia cenderung pada tempat itu:
"Maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada
mereka. "(QS. Ibrahim: 37)
kerana pengaruh doa tersebut, kaum Muslim merasakan kecintaan yang
dalam untuk mengunjungi Baitul Haram. Setiap orang yang mengunjungi Masjidil
Haram dan kembali ke negerinya ia akan merasakan kerinduan pada tempat itu.
Semakin jauh ia, semakin meningkat kerinduannya padanya. Kemudian, datanglah
musim haji pada setiap tahun, maka hati yang penuh dengan cinta pada Baitullah
akan segera melihatnya dan rasa hausnya terhadap telaga zamzam akan segera
terpuaskan. Dan yang lebih penting dari semua itu adalah cinta yang dalam
terhadap Tuhan, Baitullah dan telaga zamzam yaitu, Tuhan alam semesta. Allah
s.w.t berfirman berkenaan dengan orang-orang yang mendebat Nabi Ibrahim dan
Nabi Ismail:
"Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan pula seorang Nasrani,
akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah) dan
sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik. " (QS. Ali
'Imran: 67)
Allah s.w.t mengabulkan doa Nabi Ibrahim dan beliau yang pertama
kali menamakan kita sebagai orang-orang Muslim. Allah s.w.t berfirman:
"Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama
suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia telah menamai kamu
sekalian orang-orang Muslim dan dahulu. " (QS. al- Hajj: 78)
0 Response to "KISAH NABI ISMAIL A.S"
Post a Comment